Thursday, March 31, 2011

6 reasons why sweet to be SINGLE :)


assalamualaikum dan selamat petang dear bloggers, ce bace title kat atas tu, dah baca dah? if belum, baik bace sekarang gak.. actually entry ni ditulis diatas permintaan membe nana.. dia yang suruh tulis ni kenapa indahnya menjadi SINGLE.. untuk sedarkan kepada rakan-rakan nana yang terleka dan berfikiran songsang sikit pasal hal ni hurmm setelah berfikir dan berbincang dan mengodek-godek dan mencari fakta kenapa manisnye jadi single ni, akhirnya nana jumpa jugak sebab-sebab yang buat nana puas hati dengan jwpan tu..setelah difikirkan memang betul dan tepat sekali jwpnnye,

sebab kenapa nana bersetuju nak tulis pasal ni..

  • antara ayat yang selalu nana denga dari membe-membe which is takde bf nanti hidup kesunyian.. aku taleh hidup tanpa lelaki.. nanti siapa nak teman aku and blablabla.. whatthehell and the worst thing ade yang sanggup janji nak single focus on study but last-last couple gak, cakap macam kefelingfing je kan.. HELLO! kaw takkan mati pun kalau takde lelaki dalam hidup kaw! aku tahu kaw hotsetaf kan, tapi takpayah main tangkap muat je dengan orang yang kaw baru kenal! cukup bengang dengan membe yang brperangai macam ni..
 jadi sile baca ni dan renungkan wahai rakanku okehh;

6 reasons why sweet to be single

1. Bebas dan berdikari

Jika rasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, korang boleh membuat apa sahaja yang korang suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, korang juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu. ( nana suke point ni)


2. Jadi rakan yang baik

Sememangnya tanpa kekasih di sisi, korang akan mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Korang boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik. ( yes-yes, setuju jugak dengan point ni)

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah

Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa korang. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kaut keuntungan dengan part-time

Dengan banyak masa terluang, korang boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin korang bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos

Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. you all boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, korang tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya. (point ni lagi nana suke sebab bile couple, i admit yang duet asyik habis je)

6. Kurang beban tanggungjawab

Korang tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan korang atau tidak. Korang juga tidak perlu risau sama ada ibu bapa mempunyai impresi positif terhadap korang. Dengan menjadi single, korang hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan korang dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend korang. (this point jugak sangat bagus)



jadi, untuk korang-korang yang rase rendah diri sebab korang SINGLE tu, takpayah rase macam tu, korang patot berbangga okeyhh, pedulikan cakap orang lain, ape dorang tahu kan?  Bile single gak korang sure akan tumpukan lebih pada pelajaran, dapat tido yang cukup dan paling penting BEBAS UNTUK LAKUKAN SEGALANYA..  single itu rocks! sekian terima kasihh :)


p/s; lagi dua minggu final exam, erkk.. sangat nervous lahh! ada sapa2 boleh bagi tips untuk terer dalam subjek account? hehehe, sampai disini saje coret-coret nana, kepala sangat pening sebab satu rumah berbau durian, eiiiyuukks,  assalamualaikum dan take care peeps! :)
thanks for reading peeps. love you lahh :)

No comments:

Post a Comment