Monday, March 21, 2011

sebab dan kenapa perempuan tak perlu memasak

alright bloggers, again saya menulis entry untuk kali keduanya petang ni, hehe, ape? ape? nak cakap saya ni ngade? heh, lantakla, saya punya blog, suke hati la kan :p

macam title ni atas, sebab dan kenapa perempuan tak perlu memasak.. sebenarnya ade cerita kenapa nana terfikir nak tulis tajuk ni, sebabnye nana dah lama tak masuk dapur, hahaa, rasenye skil memasak dah takde kowt, ngeee, sape kawin ngn nana naty, kesian kan? hahaha, takpelah tu bukan masalahnye, before kawin, kite belajarla masak, amek hati mak mertua, hahaha, berangan suda.. OPPSS :D


alright bebeh, back to our topic, why gurl should not cooking? haha.. speaking pulak kan, mereng sudaaa :p ni mesti kes petang tadi dlm kelas manyak gelak la ni :) okeh, sudah-sudah, abaikan ape yang nana repekkan dan teruskan membaca :)


sebab utama ye sayang-sayang sekalian ;


1. mengurangkan masalah kesihatan suami ataupun bakal suami anda 

  • rata-rata and semua pun dah maklum yang bile abang-abang, pakcik-pakcik, kakak-kakak dan makcik-makcik sekalian dah mendirikan masjid, dalam erti kata lain mendiri rumah tangga atau dalam bahasa mudahnye kahwin, golongan ini akan mengalami transformasi mendadak gile tahap meroyan, ahahaha. contohnya, lelaki macho yang selama ni menjaga badan dan alwez pergi ke gim, perutnya yang penuh dengan otot yang berketul-ketul atau dalam nama saintifiknya, six packs yang menjadi pujaan ramai wanita dan bile wanita diluar sana pandang otot-otot tersebut, MASYAALLAH kacaknye mereka! excuse me, saya merujuk pada otot-otot anda wahai lelaki sekalian, hahaha, jangan nak perasan lebeh, hehehe.. okeyh, umum pun dah tahu yang wanita  di luar sana termasuklah macam saya memang suke lelaki yang ade six packs ni, tapi bile dah kawin, bukan six packs dah, tapi SIX FATS jadinye! hahahhaa, ape cer ni? ate, ape lagi, SIX FATS anda bukan menjadi idaman saya lagi la jawabnye, kahkah :D
  • justeru, ketidakpandaian kaum isteri dalam proses masak memasak ini akan menyebabkan dan mengurangkan kebulatan perut suami anda dan juga dapat mengurangkan dan mengecikkan saiz badan anda sendiri, kira 2 in 1 okeyh, seterusnya dapat mengurangkan dan kick-out kedudukan Malaysia dalam senarai Top 5 negara paling banyak rakyatnye yang mengalami masalah obesiti.. huhu.. amacam? bernas tak idea ni? ahhaha
  • doktor, macam mana kalau suami saya lari? (ceit, perasan kan nak dapat title doktor tu, belajar dahla diploma in business, tapi ade hati nak jadi doktor) hahaha, lantaklah, ade aku kesah? wekk (<.>) berbalik kepada soalan tadi, kacang jer, jangan risau wahai wanita-wanita comel sekalian! pastikan segala harta-marta milik suami anda diletakkan atas nama anda.. senang kan? anda takkan rugi ape-ape pun, malah ini sesuatu yang menguntungkan! hahaa :D 

2. untuk menjana pendapatan negara

  • jika masakan anda tidak sesedap masakan chef-chef di luar sana, ape lagi pilihan yang anda ade? makan diluar la jawabnye..bukan saja masakan tersebut sedap sehingga menjilat jari sampai rase nak tambah banyak kali, secara tidak langsung anda dapat menambahkan pendapatan negara dan membantu peniaga-peniaga lain dalam membuat keuntungan.. jadi anda seharusnya berbangga kerana anda telah menunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia untuk menggunakan dan membeli barangan buatan malaysia. kire macam kempen Belilah barangan Buatan malaysia gytu. perghh, bersemangat sungguh kan? hahaha
  • masa ni lah kaum isteri sekalian dapat melaram bersungguh-sungguh bile keluar dengan suami tersayang, laram lah selagi ade, asalkan jangan jadi macam opera cina sudah, haha. heels yang anda baru beli setinggi 4 inci tu ape lagi? time ni lah nak melaram.. tapi ingat, jalan tu elok-elok, jangan sampai jatuh pulak, buwek malu jo! hahahhaa
  • selain itu, kaum isteri tak payah susah-susah nak buat treatment bagai utk repair kulit-kulit anda,dijamin seratus percent lah bile kulit anda akan tetap cantek,mulus dan gebu, lupekan kerja rumah! biar maid yang buat! hahhaha      

 okeh, sekian sahaja utuk entri ni, lain masa kita bertemu lagi di lain segmen.. assalamualaikum :)

p/s: entry ni hanyalah gurauan semata-mata.. jangan ambil hati.. saya hanya bergurau dipetang yang indah ni.. haha.. yang baik jadikan teladan.yang buruk jadikan sempadan. eh betul ke? lantaklah.. haha and jangan lupe bace entry pasal disebalik kejadian tsunami di jepun tu keyh.. ade dekat bawah entry ni, godek-godeklah blog ni selagi anda nak sambil layan lagu yang ala-ala jiwang ni :)

kalau suke tekan LIKE, kalau tak suke ade aku kesah?    :D
thanks for reading peeps. love you lahh :)

No comments:

Post a Comment