Friday, October 14, 2011

SAHABAT

assalamualaikum..lama tak update.. RINDUUUU!! korang rindu aku tak?mesti tak kan, hehe..whateverlahh..rindu ke tak.. tak kesahlahh..

macam title diatas, 'SAHABAT' aku sure mesti semua orang ade sahabat kan?tanpa sahabat, konfem hidup sunyi punyalah..tapi nk bersahabat mmg sng..nk mencari sahabat sejati sgt susah..kenapa aku cakap mcm ni? hmm sbbnya sampai sekarang aku tak jumpa sahabat yang betol2 boleh dianggap sejati.. bile rase dah jmpe sahabat yang boleh dikategori sbg sahabat sejati tibe-tibe je sahabat tu buat slack pulak.. ape kes? hmmm





jadi kepada hari ni aku decide nak tulis entry pasal sahabat supaya kita boleh jadi sahabat yang terbaik;

TIPS PERSAHABATAN:

1) Bersahabat dengan ikhlas
Jangan bersahabat hanya demi untuk memperoleh kesenangan,jika anda berbuat demikian, anda bukanlah sahabat sejati. Hargailah sahabatmu seperti kamu ingin dihargai. *kalau dapat kawan macam ni sila berhati-hati dan jauhkan diri supaya anda tak dipergunakan oleh mereka

2) Sentiasa bersama dan mendorong rakan anda
Dukunglah sahabatmu. Sahabat sejati selalu memberi semangat dan ‘mendorong’supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan. Dia juga akan turut berbahagia ketika sahabatnya berhasil mencapai apa yang diinginkannya dan tidak merasa tersaingi. *pernah dapat membe yang rasa tak puas hati bila rakan dia yang lain dapat kejayaan.. in other word we can say it 'jealous', opps

3) Bersedia untuk memaafkan
Jangan biarkan ‘luka’ berkembang menjadi kepahitan kerana hal ini akan menghancurkan persahabatan yang ada. Maafkan kesalahan yang diperbuat oleh sahabatmu dan jangan biarkan luka itu merosakkan hubungan persahabatan anda. * hmm sekali dua boleh lah maaf..tapi kalau manusia yang bergelar sahabat jenis tak paham bahasa dan terus-terusan je nak menyakitkan hati, mmg TAKLAHH 

4)  Jangan kontrol sahabat anda!
Bersahabat bukan bererti harus selalu bersama-sama . Memang seronok bila dapat selalu bersama dengan orang yang kita kasihi. Namun ingat, sahabat kita itu bukan untuk dimonopoli oleh kita sendiri kerana dia ada  mempunyai sahabat lain selain kita. Untuk itu jangan merasa dikhianati ketika sahabatmu bergaul dengan yang lain, sebaliknya usahakan agar anda juga dapat berteman dengan mereka. Hal ini akan membuat kita dan sahabat kita lebih menghargai satu sama lain. *strongly agree! :)

5) Jangan biarkan perbezaan pendapat merosakkan perhubungan persahabatan anda
Contohnya; jika anda sedang berbincang dengan sahabat anda dan waktu anda mengemukakan pendapat dan sahabat anda tidak bersetuju dengan anda. Bila itu terjadi, jangan terus berdebat yang hanya akan membuat anda bengang. Beralah dan berdiam diri adalah jalan terbaik *pernah mengalami dimana ada seorang membe ni asyik nak kita je dnga cakap dia..bila kita bantah, dye tengking kita balik! menggelegak darah den you olls!

6) Jangan sekali-kali mengamalkan sikap berlagak dalam kalangan sahabat
biasanya dalam kalangan sahabat perempuan. no offense! kalau sahabat lelaki ni mereka lebih low profile sikit. *pun pernah dapat membe yang berlagak sangat..terutama berkaitan pelajaran..macam dia sorang jelah yang pandai dalam dunia nih..orang lain tak pandai kan..

7) Jangan abaikan sahabat anda
Hal ini biasa terjadi bila berkawan ramai (lebih dari 2 orang). tak patut kalau ada pihak yang nak pinggirkan sahabatnya. kalau lima orang plan nk pergi karaoke, ajak lima orang sekali.. jangan pinggirkan sahabat anda without asking them *pernah mengalami hal abai-abai ni and taching habes lah.. hehe

8) H-H session
kalau ada yang anda tak puas hati dengan sahabat anda, anda HARUS adakan heart to heart session dan luahkan segala apa yang anda pendam selama ni. namun harus diingat bahawa ayat mestilah sopan dan jangan sekali-kali buat heart to heart session jadi hurt to hurt session okay? ;)




p/s : Persahabatan atas niat yang baik , pasti akan kekal selamanya , kalau nak berkawan tu , biarlah ikhlas , baru orang tabik kita , betul x?



thanks for reading peeps. love you lahh :)

No comments:

Post a Comment