Monday, May 19, 2014

Dia Jodohku - Bab 2


Sarah melangkah longlai menyusuri Taman Rekreasi yang dulunya merupakan tempat kegemaran Sarah dan arwah daddy. Dulu semasa arwah daddy masih hidup, taman inilah tempat mereka dua beranak meluangkan masa bercerita mengenai pelbagai perkara sambil beriadah. Namun kini, hampir 5 tahun daddy pergi menghadap Ilahi. Hampir 5 tahun Sarah terus-terusan menyalahkan dirinya atas kematian daddy. Bagi Sarah, jika Sarah mengikut kata-kata daddy dan nasihat mama, dah tentu daddy masih hidup. Daddy, I’m sorry.

Sarah teresak-esak menangis di tepi tasik ditempat yang sama dia ditangkap khalwat dengan Raziq si jejaka mulut celupar. Sungguh dia tidak mengenali jejaka tersebut. Malang sungguh nasibnya. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Fikiran yang kusut bertambah kusut apabila mengenangkan permintaan Haji Rahim semalam. Bagi Sarah dia tidak peduli pandangan orang sekeliling mengenai dirinya jika benar cerita dia ditangkap khalwat tersebar. Tapi mengenangkan permintaan Haji Rahim yang beria-ia memujuknya buat Sarah serba salah. Dia memang lemah dengan pujukan. Lagi-lagi bila Sarah melihat perwatakan Haji Rahim serupa dengan perwatakan arwah daddy. Sarah terasa seperti arwah daddy yang memujuknya.

Tiba-tiba matanya tertancap pada benda yang dicari-cari sejak semalam. Ye, memang tak salah lagi. Sarah segera mencapai ‘barang’ tersebut. Patutlah dia cari tak jumpa, rupa-rupanya, tersorok antara daun-daun kering. Disebabkan kunci rumahnya yang satu inilah, Sarah kena tangkap khalwat dengan orang orang yang tak dikenalinya. Lepas tu, disebabkan kunci rumah inilah, arwah daddy dihina, disebabkan kunci rumah yang satu nilah dia tersepit di tengah-tengah. Antara maruah dan permintaan seorang ayah yang ingin menjaga maruah dan nama baik keluarga.

Sarah mengeluh. Bagi Sarah, permintaan Haji Rahim merupakan satu permintaan yang tak masuk dek akal. Sarah teringat perbualan antara dia dan Haji Rahim malam semalam.

‘Sarah, tunggu dulu nak’ panggil Haji Rahim. Sarah yang baru mahu masuk ke dalam Vivian terhenti perbuatannya. Dia berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Air mata yang mengalir diseka.

‘Sarah nak pergi mana nak? Boleh kita berbincang sekejap? Tak lama pun, pakcik minta Sarah bagi pakcik 10minit’

‘Nak bincang apa pakcik? Sarah rasa dah takda apa yang nak dicakapkan. Kalau nak saman pun Sarah terima. Nanti Sarah usahakan untuk cari duit. Walaupun sebenarnya Sarah langsung tak bersalah tapi Sarah terima segala keputusan anak pakcik. Kalau boleh Sarah tak nak panjangkan perkara ni. Cukuplah hari ni Sarah dengar kata-kata hinaan dari mulut anak pakcik. Sarah dah penat pakcik’.   

‘Pakcik tahu Sarah marah, terluka dengan kata-kata anak pakcik. Pakcik minta maaf bagi pihak dia. Raziq memang macam tu Sarah. Kalau dah marah, memang dia tak akan fikirkan perasaan orang lain.’ Sarah hanya berdiam. Tidak ada kata-kata yang boleh diucap. Dia penat. Terlalu penat. Melihatkan Sarah hanya berdiam, Haji Rahim meneruskan bicara.

‘Kalau boleh, pakcik ada satu permintaan Sarah. Pakcik harap Sarah pertimbangkan permintaan pakcik. Pakcik tahu apa yang terjadi malam ni semua salah faham. Tapi Sarah, andai kata berita ni tersebar ke pihak luar, pakcik khuatir cerita ini akan menjejaskan nama baik keluarga pakcik. Sarah tolong fikir nak.’

‘Tapi apa yang pakcik nak Sarah buat? Sarah tak ada siapa-siapa pakcik. Sarah sebatang kara. Perkara ini tidak akan menjejaskan Sarah.’

Haji Rahim merenung dalam mata Sarah. Walaupun Sarah kelihatan seperti tomboy namun dia tahu gadis ini bukanlah seperti yang dituduh oleh anaknya. Mata gadis itu, ya, penuh dengan kedukaan dan kesunyian.

‘Pakcik..’tegur Sarah. Pelik bila Haji Rahim seperti ralit merenung dirinya. Haji Rahim yang tersedar, hanya tersenyum. Malu apabila perbuatannya dikesan oleh Sarah.

‘Pakcik nak Sarah buat apa pakcik?’ Sarah bertanya dengan sopan. Sebenarnya dia dah penat dan dalam kepalanya dia mahu pulang ke rumah dan tidur serta mengharapkan apa yang terjadi malam ni merupakan satu mimpi.


‘Pakcik nak Sarah kahwin dengan anak pakcik, Raziq’ pinta Haji Rahim. Sarah yang mendengar permintaan itu terkejut bukan kepalang. Sarah dan Raziq errr.. kahwin? Dan sekarang dia benar-benar berharap yang ini semua hanya mimpi!

thanks for reading peeps. love you lahh :)

Dia Jodohku - Bab 1


Sarah mengetap bibirnya. Malu beb! Jejaka yang ‘dihempapnya’ terus-terusan menyalahkan dirinya. Sedangkan tu accident case je. Jelingan dan kata-kata kesat dihamburkan kepada Sarah. Kalau ikutkan kepala angin Sarah, dah lama dia smack down kepala lelaki ni. Kasi cili-cili mulut celupar lelaki ni. Baru puas hati Sarah. Tapi Sarah sedar yang segala tindak-tanduk dia sedang diperhatikan pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam. Kalau dia buat perangai bukan-bukan, jatuhlah maruah dia sebagai perempuan melayu terakhir gitu. Hahahaha. Sarah tersengih-sengih sendirian.

‘Kau dah kenapa? Gila? Senyum sorang-sorang. Pasal kau lah benda ni jadi! Kau memang sengaja kan? Atau kau memang nak perangkap aku?’ marah jejaka tersebut. Sarah menelan liurnya.

‘Excuse me Sir. Tak salah kan saya senyum? Bukan ke senyuman tu satu sedekah? Sekurang-kurangnya, semoga senyuman saya boleh mengurangkan kemarahan encik’ tutur Sarah penuh sopan. Padahal dalam hati Sarah dah berbakul-bakul sumpah seranah dia hamburkan pada jejaka dihadapannya itu.

Jejaka tersebut menjegilkan matanya mendengar kata-kata selamba gadis dihadapannya. Rasa nak ditampar-tampar muka gadis ni. Sarah yang tersedar akan keceloparan mulutnya, terus tertunduk. 

‘Kau ni perempuan apa hah? Tak tahu malu ke? Dahla buat salah, tapi boleh buat selamba je? Kau ni memang dasar perempuan murahan!’ tengking jejaka tersebut.

‘Raziq!!!’ laung satu suara asing. Jejaka tersebut terus berpaling dan melangkah meninggalkan Sarah lalu mendapatkan seorang lelaki yang hampir sebaya daddy Sarah. Mungkin bapa jejaka tersebut.

Sarah terkedu, dia hampir menitiskan air matanya. Seumur hidup dia, tak pernah orang menengkingnya dengan sebegini rupa. Jejaka tersebut terus-terusan menuduhnya yang bukan-bukan dan langsung tidak mendapatkan penjelasan daripada Sarah. Sedihnya!

‘Raziq, apa dah jadi ni? Macam mana boleh kena tangkap?’ tanya lelaki yang hampir sebaya Daddy Sarah itu kepada jejaka tersebut.

‘Mana Raziq tahu abah. Abah tanyalah perempuan gatal ni.’ Jejaka yang bernama raziq itu menunjukkan ke arah Sarah. Berubah air muka Sarah. Mentang-mentanglah Sarah tak melawan dan tidak ada siapa yang datang bagi pihaknya, sesedap mulut je jejaka celupar ni menggelarkan dirinya dengan sedemikian rupa.

‘Astaga Raziq, abah tak pernah ajar kamu hina orang macam ni’ tegur abah kepada jejaka celupar tu kepada anaknya. Dia mendekati Sarah dan mahu mendengar penjelasan daripada pihak Sarah. Dia yakin pasti ada salah faham, namun perkara yang dah terjadi.

‘Assalamualaikum nak. Nama pakcik Haji Rahim. Anak nama apa?’ Tanya Haji Rahim dengan lembut. Sarah yang mendengar pertanyaan haji Rahim terus teresak-esak. Sungguh dia tersentuh mendengar suara Haji Rahim. Dia teringatkan daddy nya. Daddy, Sarah miss you.

Haji Rahim mengusap perlahan kepala gadis dihadapannya. Sungguh dia terasa hiba mendengar esakan gadis ini. Raziq yang melihat drama gadis yang menjatuhkan maruahnya terus mencebik. Dasar drama queen!

‘Pakcik, Sarah minta maaf. Sarah tak ada niat pak cik. Tuduhan yang anak pakcik lemparkan semua tak betul. Ini semua salah faham pakcik. Sarah memang tak tahu anak pakcik ada dekat situ’.

‘Hey perempuan! Tak sengaja kau kata?! Aku ni bukan goblin yang boleh buat mata kau tu buta! Kau jangan nak raih simpati abah aku! Aku tahu sangat perangai perempuan macam kau ni! Terdesak sampai sanggup buat kerja macam ni. Berapa kau nak? RM300 cukup?’ marah Raziq. Dia mengeluarkan RM300 dari dompetnya lalu mencampakkan duit tersebut ke muka Sarah. Haji Rahim terkedu. Sungguh dia malu melihat perlakuan anaknya itu.

‘Sudah Raziq! Kamu jangan melampau sangat. Ingat Raziq, budak perempuan ni masih ada ibu bapa. Jangan nak hina orang dengan sesuka hati. Bawa-bawalah istigfar Raziq’ Haji Rahim menegur anaknya yang lancang menghina gadis malang ini. Faham sangat dengan sikap panas baran anaknya itu.

  ‘Ala abah, mana mak bapaknya? Takde pun datang, entah-entah mak bapak dia pun tak tahu yang anak dia gunakan cara ni untuk cari duit. Tengoklah pakaian dia. Elok-elok Allah dah bagi jadi perempuan, sibuk nak ubah jadi tomboy. Pakaian dia pun abah tengoklah. Selekeh sangat. Mak bapak tak ajar agaknya cara berpakaian’ kutuk Raziq.

‘Encik Raziq, Alhamdulillah dan terima kasih kerana memberi pahala percuma kepada saya. Saya tahu saya selekeh, malah saya sedar diri saya tak macam perempuan dekat luar sana. Tapi Encik Raziq jangan sesedap mulut mengata mak ayah saya. Saya diberi didikan yang cukup sempurna oleh arwah daddy saya. Tak pernah kurang pun, jadi Encik Raziq tak payah nak mempertikaikan cara didikan parents saya dan tak layak pun untuk bercakap pasal diaorang’ luah Sarah dengan suara yang bergetar.

Sungguh dia sedih mendengar hinaan yang keluar dari mulut Rafiq. Jika Rafiq nak menghina dirinya sepuasnya  pun dia tak kisah asalkan jangan hina arwah daddy nya. Arwah daddy terlalu istimewa di hati Sarah.

‘Pakcik Rahim, Sarah minta maaf. Sarah pergi dulu. Apa-apa tindakan yang bakal dikenakan kepada Sarah, Sarah terima dengan seadanya. Assalamualaikum’ Sarah segera berlalu dengan linangan air mata yang tak henti-henti mengalir.

Raziq hanya mencebik. Hatinya tidak terasa kesal kerana telah mengguris perasaan Sarah. Malah dia gembira kerana Sarah berlalu pergi kerana matanya sakit melihat gadis tersebut. Jelik, menyampah semua bergabung jadi satu.   

thanks for reading peeps. love you lahh :)