Sarah
melangkah longlai menyusuri Taman Rekreasi yang dulunya merupakan tempat
kegemaran Sarah dan arwah daddy. Dulu
semasa arwah daddy masih hidup, taman
inilah tempat mereka dua beranak meluangkan masa bercerita mengenai pelbagai
perkara sambil beriadah. Namun kini, hampir 5 tahun daddy pergi menghadap
Ilahi. Hampir 5 tahun Sarah terus-terusan menyalahkan dirinya atas kematian daddy. Bagi Sarah, jika Sarah mengikut
kata-kata daddy dan nasihat mama, dah tentu daddy masih
hidup. Daddy, I’m sorry.
Sarah
teresak-esak menangis di tepi tasik ditempat yang sama dia ditangkap khalwat
dengan Raziq si jejaka mulut celupar. Sungguh dia tidak mengenali jejaka
tersebut. Malang sungguh nasibnya. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Fikiran
yang kusut bertambah kusut apabila mengenangkan permintaan Haji Rahim semalam.
Bagi Sarah dia tidak peduli pandangan orang sekeliling mengenai dirinya jika
benar cerita dia ditangkap khalwat tersebar. Tapi mengenangkan permintaan Haji
Rahim yang beria-ia memujuknya buat Sarah serba salah. Dia memang lemah dengan
pujukan. Lagi-lagi bila Sarah melihat perwatakan Haji Rahim serupa dengan
perwatakan arwah daddy. Sarah terasa
seperti arwah daddy yang memujuknya.
Tiba-tiba
matanya tertancap pada benda yang dicari-cari sejak semalam. Ye, memang tak
salah lagi. Sarah segera mencapai ‘barang’ tersebut. Patutlah dia cari tak
jumpa, rupa-rupanya, tersorok antara daun-daun kering. Disebabkan kunci
rumahnya yang satu inilah, Sarah kena tangkap khalwat dengan orang orang yang
tak dikenalinya. Lepas tu, disebabkan kunci rumah inilah, arwah daddy dihina,
disebabkan kunci rumah yang satu nilah dia tersepit di tengah-tengah. Antara
maruah dan permintaan seorang ayah yang ingin menjaga maruah dan nama baik
keluarga.
Sarah
mengeluh. Bagi Sarah, permintaan Haji Rahim merupakan satu permintaan yang tak
masuk dek akal. Sarah teringat perbualan antara dia dan Haji Rahim malam
semalam.
‘Sarah,
tunggu dulu nak’ panggil Haji Rahim. Sarah yang baru mahu masuk ke dalam Vivian terhenti perbuatannya. Dia
berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Air mata yang mengalir diseka.
‘Sarah
nak pergi mana nak? Boleh kita berbincang sekejap? Tak lama pun, pakcik minta
Sarah bagi pakcik 10minit’
‘Nak
bincang apa pakcik? Sarah rasa dah takda apa yang nak dicakapkan. Kalau nak
saman pun Sarah terima. Nanti Sarah usahakan untuk cari duit. Walaupun
sebenarnya Sarah langsung tak bersalah tapi Sarah terima segala keputusan anak
pakcik. Kalau boleh Sarah tak nak panjangkan perkara ni. Cukuplah hari ni Sarah
dengar kata-kata hinaan dari mulut anak pakcik. Sarah dah penat pakcik’.
‘Pakcik
tahu Sarah marah, terluka dengan kata-kata anak pakcik. Pakcik minta maaf bagi
pihak dia. Raziq memang macam tu Sarah. Kalau dah marah, memang dia tak akan
fikirkan perasaan orang lain.’ Sarah hanya berdiam. Tidak ada kata-kata yang
boleh diucap. Dia penat. Terlalu penat. Melihatkan Sarah hanya berdiam, Haji
Rahim meneruskan bicara.
‘Kalau
boleh, pakcik ada satu permintaan Sarah. Pakcik harap Sarah pertimbangkan
permintaan pakcik. Pakcik tahu apa yang terjadi malam ni semua salah faham.
Tapi Sarah, andai kata berita ni tersebar ke pihak luar, pakcik khuatir cerita
ini akan menjejaskan nama baik keluarga pakcik. Sarah tolong fikir nak.’
‘Tapi
apa yang pakcik nak Sarah buat? Sarah tak ada siapa-siapa pakcik. Sarah sebatang
kara. Perkara ini tidak akan menjejaskan Sarah.’
Haji
Rahim merenung dalam mata Sarah. Walaupun Sarah kelihatan seperti tomboy namun
dia tahu gadis ini bukanlah seperti yang dituduh oleh anaknya. Mata gadis itu,
ya, penuh dengan kedukaan dan kesunyian.
‘Pakcik..’tegur
Sarah. Pelik bila Haji Rahim seperti ralit merenung dirinya. Haji Rahim yang
tersedar, hanya tersenyum. Malu apabila perbuatannya dikesan oleh Sarah.
‘Pakcik
nak Sarah buat apa pakcik?’ Sarah bertanya dengan sopan. Sebenarnya dia dah penat
dan dalam kepalanya dia mahu pulang ke rumah dan tidur serta mengharapkan apa
yang terjadi malam ni merupakan satu mimpi.
‘Pakcik
nak Sarah kahwin dengan anak pakcik, Raziq’ pinta Haji Rahim. Sarah yang
mendengar permintaan itu terkejut bukan kepalang. Sarah dan Raziq errr..
kahwin? Dan sekarang dia benar-benar berharap yang ini semua hanya mimpi!
No comments:
Post a Comment