Monday, May 19, 2014

Dia Jodohku - Bab 1


Sarah mengetap bibirnya. Malu beb! Jejaka yang ‘dihempapnya’ terus-terusan menyalahkan dirinya. Sedangkan tu accident case je. Jelingan dan kata-kata kesat dihamburkan kepada Sarah. Kalau ikutkan kepala angin Sarah, dah lama dia smack down kepala lelaki ni. Kasi cili-cili mulut celupar lelaki ni. Baru puas hati Sarah. Tapi Sarah sedar yang segala tindak-tanduk dia sedang diperhatikan pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam. Kalau dia buat perangai bukan-bukan, jatuhlah maruah dia sebagai perempuan melayu terakhir gitu. Hahahaha. Sarah tersengih-sengih sendirian.

‘Kau dah kenapa? Gila? Senyum sorang-sorang. Pasal kau lah benda ni jadi! Kau memang sengaja kan? Atau kau memang nak perangkap aku?’ marah jejaka tersebut. Sarah menelan liurnya.

‘Excuse me Sir. Tak salah kan saya senyum? Bukan ke senyuman tu satu sedekah? Sekurang-kurangnya, semoga senyuman saya boleh mengurangkan kemarahan encik’ tutur Sarah penuh sopan. Padahal dalam hati Sarah dah berbakul-bakul sumpah seranah dia hamburkan pada jejaka dihadapannya itu.

Jejaka tersebut menjegilkan matanya mendengar kata-kata selamba gadis dihadapannya. Rasa nak ditampar-tampar muka gadis ni. Sarah yang tersedar akan keceloparan mulutnya, terus tertunduk. 

‘Kau ni perempuan apa hah? Tak tahu malu ke? Dahla buat salah, tapi boleh buat selamba je? Kau ni memang dasar perempuan murahan!’ tengking jejaka tersebut.

‘Raziq!!!’ laung satu suara asing. Jejaka tersebut terus berpaling dan melangkah meninggalkan Sarah lalu mendapatkan seorang lelaki yang hampir sebaya daddy Sarah. Mungkin bapa jejaka tersebut.

Sarah terkedu, dia hampir menitiskan air matanya. Seumur hidup dia, tak pernah orang menengkingnya dengan sebegini rupa. Jejaka tersebut terus-terusan menuduhnya yang bukan-bukan dan langsung tidak mendapatkan penjelasan daripada Sarah. Sedihnya!

‘Raziq, apa dah jadi ni? Macam mana boleh kena tangkap?’ tanya lelaki yang hampir sebaya Daddy Sarah itu kepada jejaka tersebut.

‘Mana Raziq tahu abah. Abah tanyalah perempuan gatal ni.’ Jejaka yang bernama raziq itu menunjukkan ke arah Sarah. Berubah air muka Sarah. Mentang-mentanglah Sarah tak melawan dan tidak ada siapa yang datang bagi pihaknya, sesedap mulut je jejaka celupar ni menggelarkan dirinya dengan sedemikian rupa.

‘Astaga Raziq, abah tak pernah ajar kamu hina orang macam ni’ tegur abah kepada jejaka celupar tu kepada anaknya. Dia mendekati Sarah dan mahu mendengar penjelasan daripada pihak Sarah. Dia yakin pasti ada salah faham, namun perkara yang dah terjadi.

‘Assalamualaikum nak. Nama pakcik Haji Rahim. Anak nama apa?’ Tanya Haji Rahim dengan lembut. Sarah yang mendengar pertanyaan haji Rahim terus teresak-esak. Sungguh dia tersentuh mendengar suara Haji Rahim. Dia teringatkan daddy nya. Daddy, Sarah miss you.

Haji Rahim mengusap perlahan kepala gadis dihadapannya. Sungguh dia terasa hiba mendengar esakan gadis ini. Raziq yang melihat drama gadis yang menjatuhkan maruahnya terus mencebik. Dasar drama queen!

‘Pakcik, Sarah minta maaf. Sarah tak ada niat pak cik. Tuduhan yang anak pakcik lemparkan semua tak betul. Ini semua salah faham pakcik. Sarah memang tak tahu anak pakcik ada dekat situ’.

‘Hey perempuan! Tak sengaja kau kata?! Aku ni bukan goblin yang boleh buat mata kau tu buta! Kau jangan nak raih simpati abah aku! Aku tahu sangat perangai perempuan macam kau ni! Terdesak sampai sanggup buat kerja macam ni. Berapa kau nak? RM300 cukup?’ marah Raziq. Dia mengeluarkan RM300 dari dompetnya lalu mencampakkan duit tersebut ke muka Sarah. Haji Rahim terkedu. Sungguh dia malu melihat perlakuan anaknya itu.

‘Sudah Raziq! Kamu jangan melampau sangat. Ingat Raziq, budak perempuan ni masih ada ibu bapa. Jangan nak hina orang dengan sesuka hati. Bawa-bawalah istigfar Raziq’ Haji Rahim menegur anaknya yang lancang menghina gadis malang ini. Faham sangat dengan sikap panas baran anaknya itu.

  ‘Ala abah, mana mak bapaknya? Takde pun datang, entah-entah mak bapak dia pun tak tahu yang anak dia gunakan cara ni untuk cari duit. Tengoklah pakaian dia. Elok-elok Allah dah bagi jadi perempuan, sibuk nak ubah jadi tomboy. Pakaian dia pun abah tengoklah. Selekeh sangat. Mak bapak tak ajar agaknya cara berpakaian’ kutuk Raziq.

‘Encik Raziq, Alhamdulillah dan terima kasih kerana memberi pahala percuma kepada saya. Saya tahu saya selekeh, malah saya sedar diri saya tak macam perempuan dekat luar sana. Tapi Encik Raziq jangan sesedap mulut mengata mak ayah saya. Saya diberi didikan yang cukup sempurna oleh arwah daddy saya. Tak pernah kurang pun, jadi Encik Raziq tak payah nak mempertikaikan cara didikan parents saya dan tak layak pun untuk bercakap pasal diaorang’ luah Sarah dengan suara yang bergetar.

Sungguh dia sedih mendengar hinaan yang keluar dari mulut Rafiq. Jika Rafiq nak menghina dirinya sepuasnya  pun dia tak kisah asalkan jangan hina arwah daddy nya. Arwah daddy terlalu istimewa di hati Sarah.

‘Pakcik Rahim, Sarah minta maaf. Sarah pergi dulu. Apa-apa tindakan yang bakal dikenakan kepada Sarah, Sarah terima dengan seadanya. Assalamualaikum’ Sarah segera berlalu dengan linangan air mata yang tak henti-henti mengalir.

Raziq hanya mencebik. Hatinya tidak terasa kesal kerana telah mengguris perasaan Sarah. Malah dia gembira kerana Sarah berlalu pergi kerana matanya sakit melihat gadis tersebut. Jelik, menyampah semua bergabung jadi satu.   

thanks for reading peeps. love you lahh :)

No comments:

Post a Comment