Sarah
memecut “Vivian” kereta Viva kesayangan dengan kelajuan 150km/j. Dia mengutuk
dirinya sendiri kerana cuai. Sungguh, inilah padahnya kalau terlalu melayan
perasaan sangat. Sampai saja ke destinasi yang dituju, Sarah terus berlari-lari
anak ke tempat yang selalu menjadi mangsa dia melepaskan emosi dia saban tahun.
Keadaan Taman Rekreasi yang terang
dengan lampu-lampu yang berwarna-warni, tiba-tiba menjadi gelap gelita. Sarah
yang sememangnya penakut itu, apa lagi terkaku dengan keadaan sekeliling. Namun
dia tetap mempercepatkan langkahnya.
‘Hish,
time aku dalam keadaan darurat nilah, dan-dan lampu nak rosak la, blackout la,
ni yang aku bengang ni” rungut Sarah. Walaupun keadaan gelap gelita, kakinya
laju melangkah ke tempat yang dituju, sesudah sampai, terbongkok-bongkok dia
mencari barangnya yang hilang.
Dalam
kegelapan malam ditambah dengan keadaan yang sunyi, Sarah tidak perasan akan
kehadiran seorang jejaka yang sedang ralit melayan perasaan sambil merenung
tasik dihadapannya. Bak kata pepatah orang tua-tua, malang tidak berbau, Sarah
yang sedang mencari-cari barangnya yang hilang, tiba-tiba tersepak tunggul kayu
dan hilang keseimbangan. Lalu…
“Adoii!”
erang jejaka tersebut. Jejaka tersebut terkejut apabila tiba-tiba terasa ada
yang menghempap badannya. Kalau jejaka tersebut terkejut, Sarah lagilah
bertambah terkejut malah terus kejung kerana dia telah membuat pendaratan
dengan penuh jayanya diatas badan jejaka tersebut.
Dalam
keadaan sebegitu, ditambah dengan kepekatan kegelapan malam, tiba-tiba mata
kedua silau akibat disuluh oleh lampu suluh.
‘Astarafirullah-halazim’
ucap pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam yang melihat aksi kedua-dua anak
muda tersebut. Mereka tergeleng-geleng dan malu dengan perlakuan anak bangsa
Melayu zaman sekarang.
Sarah
pucat lesi. Jejaka tersebut terus menolak tubuh gadis misteri yang telah
menghempapnya. Sarah hampir menangis, BALA APAKAH KAN INI?? DADDYY, HELP
ME!!!!!!!!!!
## wink-wink, amacam ^.^
No comments:
Post a Comment